Andaikan bahawa anda ialah pegawai di Kementerian Belia dan Perpaduan Negara. Anda dijemput untuk menyampaikan sebuah ceramah di sebuah sekolah. Tajuk ceramah tersebut ialah Pemupukan Amalan Kerjasama Bermula di Rumah. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya.

             Salam sejahtera. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Panji Alam,Yang dihormati para guru dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian,

             Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat bertemu dengan saudara dan saudari. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis kerana memberikan kesempatan untuk saya menyampaikan ceramah pada pagi ini. Ucapan yang sama juga saya tujukan kepada pihak sekolah khususnya Tuan Pengetua yang telah sudi mengundang saya. Pada kesempatan ini,saya ingin menyampaikan ceramah yang bertajuk,"Pemupukan amalan kerjasama bermula di rumah"

Para hadirin yang saya muliakan,

               Sejak belakangan ini,pemupukan amalan kerjasama di rumah semakin berkurangan dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan,golongan remaja lebih pentingkan gajet,lepak bersama rakan dan kurangnya mendalami ilmu agama yang telah menyebabkan runtuhnya akhlak seseorang remaja tersebut. Sebagai contoh yang boleh kita gambarkan ialah para pelajar kurangnya rasa hormat terhadap guru yang memberikan kesan kepada diri sendiri,pihak sekolah dan paling utama ialah ahli keluarga. Para pelajar ini bagaikan membuka pekung di dada kerana memberikan imej yang buruk terhadap keluarga sendiri. Oleh itu,kita perlulah menghindarkan perkara ini sebelum nasi menjadi bubur dengan memupukkan amalan kerjasama yang perlu bermula di rumah.

            Sebagaimana yang kita ketahui sekalian,saling menolong sesama keluarga merupakan amalan yang sangat mulia dan menjadikan kerja semakin mudah seperti kata pepatah berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Dalam konteks ini,anak-anak diajar supaya bertutur dengan sopan sesama ahli keluarga dan lebih mengeratkan silaturahim antara keluarga. Misalnya,anak-anak boleh menceritakan masalah mereka kepada setiap ahli keluarga dalam menjalankan amalan tersebut. Tuntasnya,amalan saling menolong sesama keluarga sangat mudah bagi menjalinkan hubungan yang sangat akrab.


Saudara dan saudari sekalian,

             Umum mengetahui bahawa aktiviti gotong royong membersihkan halaman juga merupakan salah satu amalan kerjasama yang dapat menyihatkan tubuh badan serta mencegah daripada penyakit denggi yang semakin menular. Lazimnya,dalam keadaan bergotong-royong,kita akan dapat mengeluarkan peluh dan mengurangkan sebarang penyakit serta dapat mengindahkan pandangan halaman rumah. Sebagai contoh,kita bisa mendapat tubuh badan yang sihat dan dapat menghindarkan diri daripada penyakit seperti virus H1N1,denggi yang berasal daripada telur nyamuk aedes betina dalam takungan air. Kita perlulah menerapkan amalan ini supaya dapat mencegah daripada penyakit seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat.