Keluarga merupakan sebuah institusi dimana terdapat lebih daripada seorang dalam satu bumbung. Keluarga terdiri daripada seorang bapa,ibu dan anak-anaknya. Dalam era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda,kita telah membuatkan sedikit sebanyak anak-anak kurang didikan moral dan sahsiah mereka. Hal ini demikian,dengan pengurangan didikan morang dan sahsiah,mereka akan lebih menjadi liar dan tidak beradab sopan. Oleh itu,apakah peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak? Jadi,mari kita kupas apakah peranan kita sebagai keuarga.
Memberikan didikan moral yang sempurna merupakan salah satu peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Dengan memberikan didikan moral yang sempurna,anak-anak akan sentiasa takut dan tidak mahu melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan didikan agama dan moral tersebut. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah,mengajar anak-anak supaya hormat pada orang yang lebih tua,mengajar anak mengaji khasnya umat islam dan sentiasa nasihat-menasihati anak-anak akan kesilapan yang membuatkan mereka terlepas pandang. Seperti kata pepatah,anak ibaratkan kain putih,kita lah sebagai ibu bapa yang mencoraknya. Ibu bapa dan keluarga sahaja yang boleh mendidik anak-anak serta adik-beradik dalam pembentukan sahsiah mereka. Tuntasnya,dengan didikan yang sempurna ini lah dapat melahirka generasi berakhlak mulia dan berpekerti mulia.
Seterusnya,sebagai ahli keluarga yang saling menyayangi kita sepatutnya menunjukkan sikap tauladan yang baik. Dengan menunjukkan sikap tauladan yang baik,anak-anak akan menjadi segan jika mereka berkelakuan buruk. Jadi,mereka akan turut menunjukkan sikap tauladan yang baik bersama. Sebagai contoh,seorang abang yang baik tutur katanya terhadap orang tua akan menjadi ikutan oleh seorang adik. Oleh itu,dengan kerjasama semua ahli keluarga,permasalahan keluarga dapat dielakkan malah akan menjadi hubungan yang sangat akrab bagaikan aur dengan tebing. Intihannya,menunjukkan sikap yang baik dan sopan merupakan titik permulaan untuk memulakan generasi berakhlak mulia.
Mengetahui rakan sebaya anak-anak merupakan salah satu daripada peranan keluarga bagi pembentukan sahsiah anak-anak. Sebagai salah seorang daripada ahli keluarga,dengan siapa rakan ahli keluarga kita yang lain berkawan,itu merupakan tanggungjawab kita bagi memastikan keselamatan dan kehormatan diri terjaga. Contohnya,kita berkawan dengan seorang pengedar dadah dan sebagainya. Sudah tentu,dia akan terjebak sama sekali dek terpengaruh rakan. Hal ini disebabkan,pengaruh rakan yang sangat kuat mengalahkan iman dalam diri. Seperti kata orang dahulu,jika kita berkawan dengan penjual besi,dapatlah kita bau hangitnya dan jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi,dapatlah kita bau harumnya. Pepatah ini sangat sesuai dikatkan dengan situasi masa kini selain dijadikan sebagai mutiara dalam lubuk hati seseorang.
Lanjutan itu,sebagai ibu bapa janganlah kita terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak. Tekanan dapat membuatkan anak-anak hilang kawalan diri hingga bertindak buas. Tindakan ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Sebagai contoh,mengundang bahaya kepada diri sendiri dengan menerjun bangunan, bunuh diri dan sebagainya. Hal ini tidak sepatutnya hadir dalam diri seseorang remaja. Sebagai seorang remaja,kita menginginkan kebebasan yang terkawal dan tidak terlalu diberikan tekanan. Tuntasnya,dengan memberikan tekanan yang melebihi boleh mengundang bahaya kepada diri dan semua orang. Oleh itu,tidak patut jika ibu bapa memberikan tekanan yang melampau.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas,peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak sangat penting dan boleh mencorakkan kehidupan yang berwarna-warni dalam diri remaja. Jika pembentukkan sahsiah anak-anak sudah diterapkan dalam diri anak-anak,maka mudahlah perjalanan kehidupan anak tersebut. Contohnya,anak-anak bisa berjaya dalam akademik mahupun sukan serta sahsiah yang terpuji. Dengan ini,masyarakat akan memandang tinggi dan hormat akan orang yang mempunyai sahsiah yang terpuji.